Astro Nusantara
Astro Nusantara

Astro Nusantara

Astro Nusantara merupakan perkhidmatan satelit televisyen swasta di Indonesia. Astro Nusantara mula dioperasikan oleh PT Direct Vision (yang dibentuk pada 28 Februari 2006), hasil kerjasama antara Astro All Asia Networks plc dan PT First Media. Kini, perkhidmatan ini menawarkan 48 saluran televisyen termasuk 5 saluran tempatan Indonesia dimasukkan di bawah jenama Astro. Pada akhir tahun 2007, jumlah pelanggannya mencapai 145 000. Siaran ini sempat berhenti selama lebih kurang 3 hari selama inspeksi.[1]Menjelang berakhirnya perjanjian lesen penggunaan tanda dagang Astro pada 30 Ogos 2008, Astro mengalami kerosakan kongsi kerjasama dengan Kumpulan Lippo kerana mengalami ketidakpersefahaman mengenai kerjasama mereka dalam pelancaran siaran satelit televisyen tersebut.[2] Hal ini menimbulkan persengketaan mengenai kerjasama mereka dalam penyelenggaraan siaran Astro di bawah PT Direct Vision. Astro All Asia Networks meragui rancangan awal mereka untuk menjadi pemegang saham di PT Direct Vision akan terwujud, sementara mereka telah menyediakan pasokan siaran bernilai Rp 2.5 trilion selama lebih 2 tahun. Astro All Asia Networks menginginkan kejelasan mengenai rancangan tersebut, atau, apabila tidak mungkin terwujud, Astro All Asia Networks mengkehendaki PT Direct Vision membayar seluruh jasa yang telah mereka berikan secara gratis tersebut. Akibatnya, Astro Nusantara kehilangan hak siaran Liga Inggeris untuk sesi 2008-2009, yang kini diambil oleh Aora TV.[3]Walaupun lesen penggunaan tanda dagang Astro sempat dipanjangkan ke 30 September 2008 dan kemudian dipanjangkan lagi ke 19 Oktober 2008, Astro All Asia Networks dan Kumpulan Lippo tetap tidak dapat mencapai kesepakatan. Hal ini diselesaikan apabila seluruh pasokan siaran dari Astro All Asia Networks dihentikan sepenuhnya pada 20 Oktober 2008 pukul 00.01 WIB, bersamaan dengan tamatnya waktu pemanjangan lesen.[4]